Home | My Pet |

Saturday, January 21, 2012

Kitar Semula di Malaysia

Kitar Semula bukanlah isu yang baru diketengahkan kat Malaysia. Kitar semula dah dilaksanakan di Malaysia sejak awal 1990n lagi. Kitar semula ni merupakan salah satu elemen yang terdapat dalam Pengurusan Sisa Pepejal (SWM) iaitu berada di hierarki SWM. Kitar semula lebih juga kita kenali sebagai proses menggumpul, mengasingkan dan diproses untuk dijadikan produk yang sama atau produk baru. Saya akan cite serba sedikt info tentang kitar semula kat Malaysia setakat yang saya ketahui.

Bahan yang boleh dikitar semula:
1) Plastik (botol plastik, botol detergen, polystrene (kat M'sia xde), apa2 plastik yang ada simbol kitar semula
                kat belakang)
2) Kertas
3) Kaca

4) Besi dan Aluminium
5) Pakaian
6) Alat Eletrik dan eletronik (E-WASTE)

dan banyak lagi...tapi kalo kat Malaysia bahan yang jadi kutipan tertinggi kertas, aluminium dan plastik .

Perundangan tentang kitar semula
Terdapat banyak perundangan tentang sisa pepejal contoh


Bilangan
Akta
1.
Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
2.
Akta Kerajaan Tempatan 1976
3.
Akta Perancangan Negeri dan Bandar 1976
4.
Akta Jalan, Saliran dan Bangunan 1976
5
Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersian Awam 2007 (Akta 672)
6
Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 673
           (Sumber : Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, http://www.kpkt.gov.my, 2011)
 Tapi akta yang betul-betul jelas mengandungi perkara berkaitan kitar semula adalah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan pembersihan Awam 2007 (Akta672). Seperti dalam paper baru2 ni..ada mengatakan bahawa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam ucapan beliau semsa Hari Kitar Semula Kebangsaan, pada 2015 Malaysia, rakyat wajib asingkan sisa pepejal (Sampah isirumah) ikut jenis. Selain daripada akta. Kerajaan gak menyelitkan perkara mengenai kitar semula dalam Rancangan Malaysia nya. Dari RMK8 - RMK 10 ada perkara mengenai kitar semula dinyatakan. Melalui Malaysia MDG pekara ke 7 pun ada. itu daripada aspek perundangan persekutuan....belambak lagi rasanya perundangan peringkat negeri dan lokal..nanti leh tengok kat Pelan Perancangan setiap negeri.
 Antara Strategi Kitar Semula
(Keluar Topik Jap) 
Kalau kat Pulau Pinang, kita selalu ingat Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang wat strategi "SAY NO TO PLASTIC BAG EVERYDAY". Tapi setahu saya, strategi ni dah mula di MIRI SARAWAK sebelum PENANG lagi sbb saya mengalami tranformasi itu sendiri. Sebelum Penang buat setiap hari tanpa beg plastik, hanya hari isnin, selasa dan rabu yang tak bagi beg plastik. dan waktu tu gak saya balik ke Miri utk bercuti. Tekejut bila mak kata kat sini setiap hari dah x bagi beg plastik kat kat beberapa buah pasaraya di Miri. Tapi tak dibuat secara meluas dan tak diwar-warkan. Pastu setahun kemudian baru Penang buat setiap hari tak bg beg plastik. Setuju lah dengan idea tu. :P 


Berbalik kat topik STRATEGI
Peringkat Kebangsaan:
- Hari Kitar Semula Kebangsaan
- Program "Fikir Dulu Sebelum Buang"
- Larian Kitar Semula
------banyak lagi (jap g wat research ea..lau dah jmpa saya tambah)

Peringkat Negeri (Penang)

Bil.
Program
Tahun
1.
Projek Perintis kitar semula di Hillside
1993
2.
Taman Sri Nibong
1995
3.
Program sisa berbahaya "Hazardous waste"
(a)Sunshine Farlim Hypermarket
(b) Gama Supermarket
(c) Makro Hypermarket
(d) Loh Guan Lye Specialist Centre

7 Jun 2003
5 Julai 2003
20 Ogos 2003
19 Disember 2003
4.
Program Komputer terpakai
2004
5.
Program pengasingan sampah di puncak di kawsan Hillside
2005
6.
Relaunching of PC Recycling at Sunshine Farlim Hypermarket
2006
7.
GOM-DANIDA Program Bank Kitarsemula
Projek Komuniti 'Composting'
2007
               (Sumber : Majlis Perbandaran Pulau Pinang, http://www.mppp.gov.my/kitarsemula)

- Anugerah Sekolah Hijau
- Greener, Cleaner Penang
- Peletakan tong kitar semula di hadapan QueensBay Mall, Gurneydrive, padang kota..

 dan banyak lagi. Fokus kat Penang sbb saya wat kajian kat sini..:P

Untuk keberkesanan nya nanti saya bincang lagi sbb kajian saya masih berada dalam proses disemak. Bila dah siap diartikelkan saya publish la ea..apapun thanks sudi baca..lau nak artikel kitar semula ctc email saya leh kongsikan.

Tuesday, January 17, 2012

Keputusan Ujian Personaliti Pegawai Pendidikan MARA (Pensyarah/Guru) 2012

http://www3.mara.gov.my/TemudugaDG/index.htm
Sesapa yang menghadiri Ujian Personaliti pada Disember 2011 boleh semak keputusannya..Kali ini Macam pelik sikit sbb tak ada Micro Teaching.