Home | My Pet |

Friday, February 21, 2014

Keputusan Temuduga Pegawai Siswazah Mara DG41 2014 da diumumkan..jawapan yg dapat alhamdulillah kena wat plan lain. :)

Assalamualaikum.. perasaan sedih ada tapi takde la kecewa..sebabnya saya yakin Allah itu sebaik-baik perancang. Saya tahu rakan2 yg ikut serta Temuduga Guru Mara 2013 hari tu sedih dan banyak yang kecewa. Takpe, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Jadi kita plan untuk cara lain dalam mengejar cita2 untuk terus hidup ni..hehehe (ayat tu)..
Jelas kan..Allah dah bagi pun jawapan kepada masalah kita tu. So takpe.. sekarang ni rasa berkobar2 plak nak ceburi bidang perniagaan. Banyak peluang yang ada. Cuma kita perlukan kesungguhan. Kalau nak sangat dengan MARA kita minta pertolongan daripada segi keusahawanan. Maklumlah, cikgu dah tak dapat kita cuba yang len plak. Siapa tahu perniagaan mmg dah jadi rezeki kita. Kita cuba la. Ada banyak lagi agensi lain yang membantu..kerajaan pun sama. Apa kata kita pergi la kursus buat roti ke, kursus menjahit ke, sekarang buat duit dari rumah pun boleh kan..kannn.. Semoga kekuatan hati ni mampu mengatasi aura negatif yg ada dalam diri ni juga. Amalina!! stay strong! you can do it.. <3

Thursday, February 20, 2014

Menunggu keputusan temuduga guru mara 2014

Sabar..itu yang terbaik. Perasaan menunggu tu semua pun tahu kot. ada ke yang suka menunggu? Mungkin ada cuma segelintir. hehee Sebenarnya ini adalah kali ke 2 ikut temuduga guru mara. dulu temuduga di Jawi. Tahun lepas 2013 pada penghujung Nov temuduga di Kuching.Selalu juga call pegawai-pegawai mara. entah2 diaorg pun naik muak nak angkat call..haha asyik duk tanya je kan..bukan apa, nak tahu kptsn sama ada dapat atau tak je pun. tapi mereka pun menjalankan tugas mereka gak. Apapun kite ni kenala faham walaupun terdapat geramnye...heheee lumrah manusia kot. Sbb hati betul2 nak tahu tu. Selalunya mereka keluarkan kptsn drastik 2atau 3 hari sblum pendaftaran, tak tahu la tahun 2014 ni mcm mana. Kalau masih sama, tak tahu la nak kata apa. Maklumlah kita ni kan baru je nak mula bekerja duit simpanan pun bukan nye banyak kan nak tayang gelang mcm kak tettttt tak mampu (ni utk kamu pengikut setia ku kitak la nong) :P syukur la masih ada simpanan. semoga dielakkan riak bila mempunyai kewangan yang kukuh..bukan itu sbnrnya niat utk bekerja kan.Berbalik pada keputusan tu, bila bgtau last minit camtu susah nak beli tiket kapal terbang.(dapat ke tak tu tak tahu laa) cuma ea la kan sepatutnya mereka pertimbangkan juga keadaan graduan yang baru nak bekerja ni. Ok la..nak stop membebel.. kita tunggu dan lihat je. Kalau itu tertulis rezeki kita, tak kan kemana. Allah maha mengetahui. -Betulkan niat untuk mencari rezeki ke jalan Allah, bukan untuk dunia semata-mata.Tulisan di atas pun ada gurauan nye juga ada luahan nye juga. apapun semoga hidup kita semua diredhai Allah. amin-

Baru update setelah berkurun..

Assalamualaikum.. lama da tak update blog.. ada ke yang tengok?? takde pon takpe sebabnye boleh tengok sendiri. haha... hurm. da masuk dua tahun da grad untuk sarjana. masih macam ni juga. tipu la kalau tak cemburu tengok life kawan2 yg da ada family. tapi tak de la terdesak nak berkeluarga. sekarang fokus utama dalam hidup pekerjaan tetap. Masing-masing mempunyai kepentingan sendiri untuk hidup kan.. =) ada yang macam dah terdesak nak kahwin sampaikan asyik duk post tentang jodoh di fb, dsb.. naik meluat juga melihatnye jodoh jodoh, imam,seadanya blablaaaa. tapi maklumlah...mungkin kahwin itu keutamaan diri mereka. siapa lah kita untuk menilai. doakn yang baik-baik cukuplah. eh,..berbalik kepada perihal kerja. Sebenarnya mmg da dpt kerja. Tapi tolak sebab mak tak bagi kerja di tanah seberang. kerja pula menarik. berteraskan akademik. saya mmg suka menjadi cikgu, tak tahu la kenapa saya terlalu gembira bila menjadi cikgu. oleh sebab terlalu minat menjadi cikgu la saya betul2 menunggu keputusan temuduga guru tanpa minta kerja lain. macam buang masa je kan. tapi hakikatnya sy betul2 nak jadi cikgu. mungkin disebabkan dah dibesarkan daripada keluarga cikgu. atuk mak pak smua cikgu...satu2nya pekerjaan yg saya rasa penat tapi gembira ialah cikgu.semoga hajat saya dimakbulkan Allah. amin.Mak pun da bg greenlight untuk teruskan kerja di tanah seberang jika ditakdirkan rezeki disana. maklumlah..umur bukan kecik lagi. hahaaa..kerja owh kerja. semoga rezeki dipermudahkan oleh Allah. apapun itulah keutamaan saya buat masa ini. pekerjaan.. =) Semoga semua keinginan berjalan lancar dan dimakbulkan seperti yang diingini. amin ♥ lina

Wednesday, April 11, 2012

Gempa Bumi Aceh 11 April 2012

Assalamualaikum. Hari ni tekejut dgr kawan2 daripada penang kata penang bergegar...walaupun sekejap tapi impaknya mybbkan smua jadi takut. Hope xde ape2 berlaku. Amaran Tsunami dah dikeluarkan. dan hope smua xde ape2.. Smua ni daripada gempa bumi yang berlaku di Aceh pada hari yang sama gak.

http://regional.kompas.com/read/2012/04/11/15563790/Gempa.di.Aceh.8.5.SR.Berpotensi.Tsunami

smua leh bc kat situ.. kita doakan smga saudara sesama insan kita di aceh selamat dan smua yg ada di Malaysia turut selamat. amin

Friday, March 2, 2012

Berdakwah Guna Cara Elok!!!

Assalamualaikum ^_^

Nape tajuk saye canggitu? hiiii sbbnye saya tetiba teringat ng kisah sahabat saya yang ditegur oleh seorang muslimah yang kalau dilihat dr aspek luaran mmg respect la...alim, cantik bak kata org mmg boleh wat bini la...hiii kalo la saya ni lelaki mayb saya pun berminat ng dia.

Sahabat saya mungkin org yang biasa sahaja, tapi masih lagi menutup auratnya..cuma mungkin tidak mengenakan tudung labuh namun masih menutupi bahagian yang sepatutnya ditutup. Sedang kami duduk di balkoni perpustakaan, sahabat saya disapa oleh seorg muslimah yang boleh dikira warak. dan dia bertanya "Kenapa awak nak tutup aurat gak sedangkan awak tak menutup sehabisnya, baik awak tak payah pakai tudung je sama je". Saya yang duk kat sebelah pun tercengang bila terdengar muslimah tersebut berkata-kata.

Sahabat saya terus terdiam, saya terus bertanya, kenapa saudari? apa masalahnya kami pakai tudung, stokin kenapa awak kata camtu? Kami ada buat salah ke? Dia terus menjawab buat apa korang bertudung kalo tak pakai tudung labuh? saya terus je tercengang dan terus lah bertanya. Bukan kah kami dah menutup bahagian dada sepertimana yang diwajibkan? saudari tersebut pon berkata plak..kena pakai tudung labuh.. dengan jelingan mata nya yang tajam. dan terus blah.

Saya pelik dengan tindakan saudari tu, nak berdakwah tapi caranya salah. Kadang-kadang kita tgk gak , org yang alim dan nampak warak ni tak semuanya elok perangainya. Kadang2 nampak fanatik dan obses tapi sikap ego tinggi seolah2 diri mereka memang terbaik dalam setiap aspek. Biarlah menjadi seorg hambaNya yang merendah diri tapi tidak lah keterlaluan. Biarlah Manjadi hambaNya yang berilmu tapi tidak Ego. Rasulullah S.A.W pun berdakwah juga, tapi dengan caranya yang lembut ramai yang tertawan mendekati Islam. Kalau pendekatan yang kasar digunakan siapa yang nak ikut?????

Pengajarannya...JANGAN TERLALU SELESA DENGAN APA YANG ADA SEKARANG DAN JANGAN JUGA KITA MERASA DIRI TERLALU BAIK DAN BERILMU SEHINGGAKAN SETIAP PERKARA YANG ORANG LAIN BUAT MENJADI SALAH....BERILMU BIAR BANYAK TAPI JANGAN MERASA SELESA...EGO BIAR RENDAH SBB KEKAYAAN DAN KESENANGAN ALLAH BOLEH TARIK BILA2..BERDAKWAH BIAR BERCARA...JANGAN BAGI ORG MELUAT DAH LA..HIII ^_^ OPKOS KALO ASA DIRI BGUS SGT KITA AKAN EGO SO.....RENDAH2KANLAH DIRI BILA NAK BERDAKWAH....TAPI JGN KETERLALUAN MERENDAHKAN DIRI...SYUKRANNN ^_^

Saturday, January 21, 2012

Kitar Semula di Malaysia

Kitar Semula bukanlah isu yang baru diketengahkan kat Malaysia. Kitar semula dah dilaksanakan di Malaysia sejak awal 1990n lagi. Kitar semula ni merupakan salah satu elemen yang terdapat dalam Pengurusan Sisa Pepejal (SWM) iaitu berada di hierarki SWM. Kitar semula lebih juga kita kenali sebagai proses menggumpul, mengasingkan dan diproses untuk dijadikan produk yang sama atau produk baru. Saya akan cite serba sedikt info tentang kitar semula kat Malaysia setakat yang saya ketahui.

Bahan yang boleh dikitar semula:
1) Plastik (botol plastik, botol detergen, polystrene (kat M'sia xde), apa2 plastik yang ada simbol kitar semula
                kat belakang)
2) Kertas
3) Kaca

4) Besi dan Aluminium
5) Pakaian
6) Alat Eletrik dan eletronik (E-WASTE)

dan banyak lagi...tapi kalo kat Malaysia bahan yang jadi kutipan tertinggi kertas, aluminium dan plastik .

Perundangan tentang kitar semula
Terdapat banyak perundangan tentang sisa pepejal contoh


Bilangan
Akta
1.
Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
2.
Akta Kerajaan Tempatan 1976
3.
Akta Perancangan Negeri dan Bandar 1976
4.
Akta Jalan, Saliran dan Bangunan 1976
5
Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersian Awam 2007 (Akta 672)
6
Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 673
           (Sumber : Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, http://www.kpkt.gov.my, 2011)
 Tapi akta yang betul-betul jelas mengandungi perkara berkaitan kitar semula adalah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan pembersihan Awam 2007 (Akta672). Seperti dalam paper baru2 ni..ada mengatakan bahawa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam ucapan beliau semsa Hari Kitar Semula Kebangsaan, pada 2015 Malaysia, rakyat wajib asingkan sisa pepejal (Sampah isirumah) ikut jenis. Selain daripada akta. Kerajaan gak menyelitkan perkara mengenai kitar semula dalam Rancangan Malaysia nya. Dari RMK8 - RMK 10 ada perkara mengenai kitar semula dinyatakan. Melalui Malaysia MDG pekara ke 7 pun ada. itu daripada aspek perundangan persekutuan....belambak lagi rasanya perundangan peringkat negeri dan lokal..nanti leh tengok kat Pelan Perancangan setiap negeri.
 Antara Strategi Kitar Semula
(Keluar Topik Jap) 
Kalau kat Pulau Pinang, kita selalu ingat Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang wat strategi "SAY NO TO PLASTIC BAG EVERYDAY". Tapi setahu saya, strategi ni dah mula di MIRI SARAWAK sebelum PENANG lagi sbb saya mengalami tranformasi itu sendiri. Sebelum Penang buat setiap hari tanpa beg plastik, hanya hari isnin, selasa dan rabu yang tak bagi beg plastik. dan waktu tu gak saya balik ke Miri utk bercuti. Tekejut bila mak kata kat sini setiap hari dah x bagi beg plastik kat kat beberapa buah pasaraya di Miri. Tapi tak dibuat secara meluas dan tak diwar-warkan. Pastu setahun kemudian baru Penang buat setiap hari tak bg beg plastik. Setuju lah dengan idea tu. :P 


Berbalik kat topik STRATEGI
Peringkat Kebangsaan:
- Hari Kitar Semula Kebangsaan
- Program "Fikir Dulu Sebelum Buang"
- Larian Kitar Semula
------banyak lagi (jap g wat research ea..lau dah jmpa saya tambah)

Peringkat Negeri (Penang)

Bil.
Program
Tahun
1.
Projek Perintis kitar semula di Hillside
1993
2.
Taman Sri Nibong
1995
3.
Program sisa berbahaya "Hazardous waste"
(a)Sunshine Farlim Hypermarket
(b) Gama Supermarket
(c) Makro Hypermarket
(d) Loh Guan Lye Specialist Centre

7 Jun 2003
5 Julai 2003
20 Ogos 2003
19 Disember 2003
4.
Program Komputer terpakai
2004
5.
Program pengasingan sampah di puncak di kawsan Hillside
2005
6.
Relaunching of PC Recycling at Sunshine Farlim Hypermarket
2006
7.
GOM-DANIDA Program Bank Kitarsemula
Projek Komuniti 'Composting'
2007
               (Sumber : Majlis Perbandaran Pulau Pinang, http://www.mppp.gov.my/kitarsemula)

- Anugerah Sekolah Hijau
- Greener, Cleaner Penang
- Peletakan tong kitar semula di hadapan QueensBay Mall, Gurneydrive, padang kota..

 dan banyak lagi. Fokus kat Penang sbb saya wat kajian kat sini..:P

Untuk keberkesanan nya nanti saya bincang lagi sbb kajian saya masih berada dalam proses disemak. Bila dah siap diartikelkan saya publish la ea..apapun thanks sudi baca..lau nak artikel kitar semula ctc email saya leh kongsikan.

Tuesday, January 17, 2012

Keputusan Ujian Personaliti Pegawai Pendidikan MARA (Pensyarah/Guru) 2012

http://www3.mara.gov.my/TemudugaDG/index.htm
Sesapa yang menghadiri Ujian Personaliti pada Disember 2011 boleh semak keputusannya..Kali ini Macam pelik sikit sbb tak ada Micro Teaching.