Home | My Pet |

Sunday, August 21, 2011

Ayam Black paper

Alhamdulillah, syukur atas segala nikmatNya. Hari ni aku berbuka ngan kak2 kesayangan kak Syarilla n kak Siti Faridah Hanim a.k.a kak siti ikan kembong:P Boleh la hilang kan rasa rindu di rumah...hari ni aku masak ayam black paper... So nak kongsi resepi yang simple dan best... haha agak nak angkat bakul sendiri kot.

Bahan-bahan :
1 ekor ayam
Sos Lada Hitam
Lada Hitam (yang sudah dikisar)
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 biji cili merah (dimayang)
1 inci halia
sedikit garam, serbuk perasa dan juga kicap.

Cara-caranya:
Basuhkan ayam dan peramkan bersama dengan lada hitam dan juga sedikit sos lada hitam selama 10 minit. Selepas itu, tumbukkan bawang merah, bawang putih dan juga halia kemudian tumiskan. Biarkan sehingga naik bau. Setelah itu, masukkan ayam yang telah dipermn dan masukkan juga sedikit sos lada hitam dan kicap. Gaulkan sehingga sebati dan masukkan garam, sedikit kicap dan juga serbuk perasa. Akhirnya masukkan cili merah yang telah dimayang ke dalam masakan. da pun siap dan boleh di hidangkan........

simple....but nice:P

Saturday, August 20, 2011

MALAS


Setiap hari berlalu....detik berjalan tanpa menoleh lagi kebelakang..tidak akan kembali lagi. Aku tahu semua itu, aku tahu Allah maha adil terhadap hambaNya. Tiada hambaNya di dunia ini diberikan masa yang lebih dari hamba-hambaNya yang lain waima ulama' sekalipun.Terselit nukilan indah, panduan umat sejagat dalam kitab panduan daripadaNya mengenai masa. Surah Al-'Asr yang sinonim dengan definisi masa. iaitu surah yang ke 103 dalam kitab suci Al-Quran.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"


Bertapa sayangnya Allah pada ku dan umat-umatnya, kerana setiap masalah dan perkara yang wujud di dunia ini telah diberikan petunjuk dalam kitabNya. Namun aku sebagai manusia, adakalanya tumpas pada hawa nafsu yang telah dikurniakan. Kerjaku lansung tidak ku hirau tanpa ada rasa bimbang. Aku adakalanya aku memerlukan kawan untukku bersama dalam mencapai kejayaan. Aku perlu tahu, setiap saat yang berdetik  bukan hanya untukku. Aku perlu tahu, bahawa setiap hari-hariku bukan semuanya dihiasi dengan kegembiraan bersama kawan. Mereka juga perlu masa untuk menjalani hari-hari mereka. Aku juga perlu sedar hadirnya kesunyianku terhadap cinta adalah kurniaanNya kerana Allah Maha Mengetahui apa yang tersurat dan terbaik untukku.

Syaitan amat cintakan aku, tapi aku cuba untuk tidak menerimanya. Kadangkala ketipisan iman menundukkan diriku kepada godaanya yang halus dan sentiasa gigih untuk menakluki hatiku. Aku perlu sentiasa beringat-ingat akan balasan di sana kelak untukku jika aku tunduk kepada syaitan. Perasaan takut akan hadir sendiri. Syukur kerana Allah masih menyayangi diriku.

Malas sebenarnya berpunca dari syaitan. Syaitan melatih nafsu manusia agar menjadi malas sama ada malas beribadat atau malas menunaikan tanggungjawab dan amanah yang dipikul.Rasulullah S.A.W pernah berkata
“Syaitan mengikat atas belakang kepala seseorang kamu ketika ia tidur sebanyak tiga ikatan. Sambil syaitan berkata pada setiap ikatan, ‘malam masih panjang maka tidurlah’. Apabila seseorang kamu terjaga dari tidur, lalu menyebut nama Allah nescaya akan terlerai satu ikatan. Jika ia mengambil wuduk nescaya terlerai satu ikatan lagi dan sekiranya ia solat nescaya terlerailah semua ikatan. Maka ia bangun waktu pagi dalam keadaan rajin cergas serta baik hatinya. Jika ia tidak (melakukan begitu), nescaya ia bangun pagi dalam keadaan buruk jiwanya sambil rasa malas”. Erm......patut la aku ni malas sangat..kena ikat rupanya...

Hari ini aku akan cuba bangkit. Ingat pesan mak dan arwah ayah. Ingatlah juga kenapa namamu diberikan makna cahaya harapan kami? Adakah mak dan ayah sengaja memberikan nama tanpa memikirkan maknanya? Tidak bukan... jadi bangkitlah wahai Nur Amalina.... Kamu ada masa lagi. Allah sentiasa memberikan ruang untukmu... Cuba selagi boleh dan jangan putus asa sedangkan Allah tetap menyintai dirimu..